Sekali Lagi Muhyiddin Terpalit Skandal Wang
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini didakwa mencuri parti berkenaan dan menyimpannya di rumah. Dakwaan itu muncul selepas tersebarnya sebuah video klip memaparkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Muhyiddin mencuri wang parti ketika pertemuan bersama Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) Johor sebelum itu. Video tersebut turut mendakwa Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri kerana takut dipenjarakan. Ini bukan kali pertama Muhyiddin berdepan tuduhan berhubung skandal wang. Bak kata pepatah, kalau tiada angin, tak akan pokok bergoyang. Muhyiddin sebelum ini berdepan tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram ketika menjadi Perdana Menteri. Dia didakwa atas dua pertuduhan menerima dana RM195 juta, iaitu hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang. Muhyiddin turut didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Ber...