Posts

Showing posts from June, 2025

Mahathir Kuat Berbohong

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ramai pihak. Dia mendakwa menandatangani dokumen berkaitan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 tanpa mesyuarat Lembaga Pengampunan dan tanpa nasihat peguam negara. Mahathir turut mendakwa Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V yang bertitah Anwar sepatutnya diampunkan. Namun, susulan dakwaannya itu, pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengeluarkan kenyataan sebenar berhubung perkara berkenaan. SUMBER: https://x.com/jameschin110/status/1929378663948243437?s=46&t=iS4MMNGc-rf971nPsju1Kw Mahathir dakwa pengampunan ke atas Anwar adalah tidak sah kerana tidak melalui suatu persidangan Lembaga Pengampunan. AGC sebaliknya menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan satu Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-51 telah diadakan pada 16 Mei 2018 di Istana Negara. Malah, kenyataan AGC turut menyebut Lembaga Pengampu...