Posts

Showing posts from April, 2025

Betul Ke Razak Baginda Tidak Bersalah?

Image
Pada 2010, seorang penyiasat persendirian mendakwa Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dakwaan itu dikeluarkan dalam satu sidang media di London oleh penyiasat persendirian tersebut. Ketika itu, Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan membunuh Altantuya manakala dua anggota polis iaitu cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dijatuhkan hukuman mati. Namun adakah dakwaan itu benar? Betul ke Abdul Razak tidak bersalah membunuh Altantuya? Persoalan itu perlu dijawab menerusi fakta yang telah dibongkarkan oleh media-media sebelum ini. Abdul Razak merupakan pengarah syarikat yang dinamakan sebagai Terasasi (Hong Kong) Ltd. Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda. Syarikat itu pada mulanya diperbadankan sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd pada Jun 2002. Sejumlah AS$1.2 bilion jualan kapal selam Scorpene yang diperoleh daripada Kementerian Pertahanan Malaysia disalurkan kepada ...