Posts

Showing posts from December, 2024

Mahathir 'Pusing' Cerita Soal Pulau Batu Puteh

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mengheret pihak lain dalam kes Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Pulau Batu Puteh. Dia cuba heret Dr Wan Azizah dan Kabinetnya dalam kes tersebut. Mahathir dakwa dia tidak wajar dipersalahkan dan seluruh barisan Kabinetnya turut terbabit dalam membuat keputusan menarik balik permohonan semakan kehakiman Pulau Batu Puteh pada 2018. Namun adakah Mahathir lupa siapakah yang melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara pada ketika itu? Bukankah Mahathir memperdayakan barisan Kabinetnya tentang Pulau Batu Puteh? Sekarang tiba-tiba mahu mengheret mereka sekali sedangkan semua keputusan di tangan Mahathir? Mahathir dikatakan tergesa-gesa membatalkan permohonan semakan tuntutan Pulau Batu Puteh itu sejurus Pakatan Harapan berkuasa pada 2018. Sejurus Mahathir mengangkat sumpah pada 10 Mei 2018, dia mengarahkan pembatalan permohonan semakan tuntutan itu pada 15 Mei 2018. Pada 21 Mei 2018, sepucuk surat telah dihantar kepada Singapura, ...