Posts

Showing posts from August, 2024

Muhyiddin Perlu Berhenti Main Isu 3R

Image
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mencetuskan kontroversi berkaitan 3R (kaum, agama, raja) ketika ucapan sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Neggiri baru-baru ini. Muhyiddin mendakwa bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menjemput dia untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022. Ketika itu, Muhyiddin mendakwa dia sudah meraih majoriti sokongan untuk melayakkannya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Namun dakwaan Muhyiddin mendapat respons Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menegaskan kenyataan itu telah meremehkan tugas YDPA dan berniat untuk menyebarkan kebencian kepada rakyat. Tengku Mahkota Pahang juga mengatakan kenyataan itu bersifat pra-matang dan membuktikan Muhyiddin tidak layak menjadi Perdana Menteri. SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/08/19/pahangs-tengku-hassanal-calls-for-firm-act