Posts

Showing posts from June, 2024

Mahathir Hanya Pengkhianat Negara

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak bersalah dalam soal Pulau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura pada 2018. Naratif yang dibawa oleh pengikut atau penyokong Mahathir ini hanya menutup kelemahan dan kegagalan Mahathir menjaga kedaulatan negara. Bagaimana Mahathir masih disokong walhal kedaulatan negara tergadai di depan mata jutaan rakyat Malaysia? Pulau Batu Puteh adalah kedaulatan negara yang wajar dipelihara oleh semua rakyat Malaysia, namun malangnya terlepas ke tangan Singapura sehingga memberi impak buruk kepada negara. Fakta ini tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun, termasuklah Mahathir dan penyokongnya sendiri. SUMBER: https://malaysiapost.com.my/2021/10/17/pulau-batu-puteh-tun-m-patut-disaman-bayar-ganti-rugi-puad/ Ada penyokong Mahathir dakwa dia difitnah berhubung kes Pulau Batu Puteh. Fakta itu sudah ada dan berlaku ketika pemerintahan Mahathir. Bagaimana penyokong Mahathir mahu menjelaskan mengapa dia terburu-buru mahu menarik balik semakan