Syed Saddiq 'Si Hipokrit' Yang Sebenar
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mendakwa parti DAP tidak berjuang untuk masa depan Malaysia. Dia juga mendakwa DAP gagal menyuarakan kritikan terhadap isu rasuah di negara ini. Syed Saddiq turut mendakwa kerajaan ketika ini tiada prinsip dan rasa malu. Ayat sama yang diulanginya pada tahun lalu ketika berbalah dengan Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming. Sebelum ini, Syed Saddiq juga mendakwa DAP adalah anjing suruhan Barisan Nasional (BN) selepas dia mengesahkan keluar daripada pakatan kerajaan tahun lalu. SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/09/07/syed-saddiq-tuduh-dap-tiada-prinsip-gila-kuasa/ Dakwaan demi dakwaan Syed Saddiq terhadap DAP menunjukkan dia langsung tidak mengenang jasa parti itu kepada dirinya. Syed Saddiq lupa siapakah yang membantu memenangi kerusi Parlimen di Muar? Jika bukan kerana DAP, Syed Saddiq sehingga kini tidak akan bergelar ahli Parlimen Muar. Syed Saddiq lupa siapakah yang memberi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri W