Posts

Showing posts from March, 2024

Syed Saddiq Hanya Tunggang Isu

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengumumkan dia akan terlibat dalam jelajah bersama Perikatan Nasional (PN). Syed Saddiq mendakwa penyertaannya dalam jelajah itu adalah sebagai kerjasama demi isu rakyat dan masa depan negara. Rasa-rasanya, ramai dah menduga bahawa Syed Saddiq mengubah haluan untuk menyertai PN apabila gambarnya meraikan Tahun Baharu Cina bersama pemimpin gabungan parti itu tempoh hari. Tapi bukankah Syed Saddiq mahu bergerak solo ketika keluar dari blok kerajaan tempoh hari? Mengapa tiba-tiba mendekati PN? Adakah Syed Saddiq sudah 'mati akal' dan tahu tidak mampu untuk bergerak solo? Kalau bersembang soal rakyat, Syed Saddiq juaranya. Tapi pandai cakap sahaja, tak tahu nak buat. Syed Saddiq dakwa rasuah makin teruk. Siapa penyumbangnya? Bukankah Syed Saddiq salah seorang penyumbang kes rasuah di negara ini? Jangan lupa, hukuman tujuh tahun penjara menanti. Lain kali semak fakta dan baca berita sebelum lontar dakwaan. Indeks Perse