Posts

Showing posts from January, 2024

Hubungan 'Daddykasi' Mukhriz-Mahathir

Image
Anak bekas Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Mukhriz sebelum ini terpalit dengan skandal kontrak pembalakan di Sarawak. Mukhriz seperti biasa pasti akan menafikan dakwaan berkenaan kerana mahu menyelamatkan dirinya sendiri. Bukti bagaimanapun tersebar menerusi laporan portal Sarawak Report pada 2019. Soalnya mengapa Mukhriz mendapat tender berkenaan di Sarawak? Daripada senarai pemaju di Malaysia ini, namanya terpalit dalam kontroversi tersebut. Mukhriz malahan bukan sahaja dikaitkan dengan kontroversi berkenaan tetapi juga melibatkan tanah-tanah lain di Malaysia. Menurut surat tender yang ditularkan itu bertarikh Disember 1994, Mukhriz dikatakan mendapat kontrak pembalakan seluas 1,000 hektar. Difahamkan, satu ekar tanah bernilai RM1 juta pada ketika itu. Kalau dikira secara keseluruhannya, Mukhriz mengaut keuntungan sebanyak RM2.4 bilion daripada kontrak tersebut. Bagaimana Mukhriz boleh mendapat keistimewaan sebegitu dan mengapa dia mendapat kontrak itu? Jawapannya mudah, bap