Posts

Showing posts from December, 2023

MUDA Terus Bergelut, PRU-16 Tampak Samar

Image
Pengunduran ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak mengejutkan memandangkan sebelum ini ramai pihak mendesaknya mengosongkan jawatan itu serta kerusi dipegangnya ekoran terpalit skandal wang. MUDA seperti semua sedia maklum merupakan sebuah parti politik yang berpaksikan kepada seorang figura selama ini iaitu Syed Saddiq. Selepas dia mengundurkan diri, MUDA tampak goyah kerana tidak memiliki pemimpin yang berkaliber serta mempunyai pengaruh seperti Syed Saddiq. Apakah nasib MUDA selepas ketiadaan Syed Saddiq? Mampukah mereka bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)? Atau hayat MUDA tidak akan kekal lama seperti parti-parti kecil lain yang pernah menjadi lipatan sejarah politik tanah air? Sumber: https://www.beritaharian.sg/malaysia/syed-saddiq-letak-jawatan-presiden-muda-kekal-sebagai-ap-muar Sehingga kini, MUDA tidak menunjukkan rekod memberangsangkan dalam sebarang pilihan raya meskipun telah ditubuhkan lebi