Posts

Showing posts from November, 2023

Johor: Jambatan Harmoni Malaysia-Singapura

Image
Malaysia dan Singapura merupakan dua negara yang berjiran dan memiliki sejarah yang panjang antara satu sama lain. Kedua-dua negara pernah menjadi sebahagian daripada Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor-Riau, Negeri-Negeri Selat, Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia. Walaupun kedua-dua negara telah berpisah pada tahun 1965, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura masih terus dijaga sehingga kini. Namun satu faktor yang kerap dilupakan adalah peranan penting Kerajaan Negeri Johor dan Keluarga Diraja Johor dalam memastikan hubungan baik kedua-dua negara tetap kukuh dan harmoni. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/212237/edisi/erat-hubungan-johor-singapura-sultan-ibrahim Keluarga Diraja Johor mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Singapura. Hubungan ini bukan sahaja pada tahap formal, tetapi juga melalui hubungan peribadi yang erat. Ketika ada isu atau ketegangan yang muncul, Keluarga Diraja Johor seringkali berperanan sebagai jambatan komunikasi, memudahkan