Muhammad Sanusi Penghasut Politik
Perikatan Nasional (PN) nampaknya mempunyai agenda tersendiri untuk menjatuhkan institusi diraja pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai kelak. Tangkap layar pada 'group' WhatsApp PN menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mat Noor memberi arahan kepada para penyokongnya untuk memenangkan parti itu bagi 'memalukan Tunku Mahkota Johor (TMJ)'. Mereka juga mengutuk Bangsa Johor dan menggunakan pendekatan 'syurga neraka' untuk meraih sokongan orang ramai dalam PRK kelak. Sebelum ini, Muhammad Sanusi menderhaka kepada kerabat diraja Selangor, sekarang mengajak penyokongnya pula menderhaka kepada kerabat diraja Johor. Muhammad Sanusi nampaknya tidak tahu atau pura-pura enggan ambil peduli impak negatif perbuatannya itu kepada negara secara keseluruhannya. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan merupakan simbol perpaduan serta kestabilan. Tindakan Muhammad Sanusi mengajak para penyokongnya menderhaka kepada kerabat di