MUDA Sekadar 'Pengacau' Undi
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang bertanding di 19 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri secara solo baru-baru ini, gagal meraih sebarang kemenangan. Malah, tiada seorang calon pun yang berjaya meraih undi melebihi 10% daripada jumlah undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Kesemua calon MUDA juga hilang deposit susulan jumlah undi kecil yang diraih oleh mereka. Percubaan MUDA untuk bertanding secara solo sebenarnya sudah dijangka akan gagal kerana beberapa faktor. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prn-muda-kalah-teruk-hilang-semua-deposit-tapi-432736 Faktor pertama semestinya adalah rakyat menolak pemimpin MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Syed Saddiq hanya juara di media sosial tapi dilabel sebagai 'poyo' dan tidak menjalankan keje politiknya. Kenyataan dia yang berbelit-belit dan hanya menyerang individu tertentu mengikut arus, hanya mengundang kritikan orang ramai. Syed Saddiq juga merupakan kluster mahkamah dan raky