Annuar Zaini 'Menyorok' Di Sebalik 'Imej Baik'
Tan Sri Mohd Annuar Zaini pernah membuat 'kacau' dan mencampuri urusan pentadbiran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA sewaktu menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola organisasi berkenaan. Antara isu yang menjadi kontroversi adalah soal perjanjian dengan Bernama TV Synergy Sdn Bhd. Mohd Annuar ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Bernama serta Pengarah Bernama TV Synergy. Dikhabarkan Bernama TV Synergy berhutang RM15 juta kepada Bernama. Namun tidak diketahui sama ada hutang tersebut sudah dilunaskan oleh Bernama TV Synergy atau belum. Mohd Annuar pernah memberi penjelasan ringkas sebab Bernama memutuskan hubungannya dengan Bernama TV Synergy Sdn Bhd. Isu tersebut bagaimanapun dikaitkan dengan kedudukan kewangan Bernama TV Synergy. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/109720 Mohd Annuar juga menggunakan pengaruh media untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan tentang bermacam-macam isu. Masakan tidak, anaknya sendiri adalah penulis bagi sebuah portal terkena