Keluarga Nepotisme Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan amalan nepotisme tidak boleh dipisahkan sejak berdekad lamanya. Mahathir berkali-kali menafikan wujudnya amalan itu sepanjang dia memerintah negara, namun tiada siapa boleh sangkal jawatan dan kekayaan yang dimiliki oleh anak-anaknya pada hari ini. Mahathir mengatakan anak-anaknya bekerja keras dan tidak mengharapkan bantuan daripadanya untuk 'berjaya' tetapi agak mustahil kalau dilihat daripada jumlah syarikat serta nilai harta yang anak-anaknya miliki. Bukan mudah untuk memiliki ratusan syarikat dan berbilion ringgit. Hanya anak-anak Mahathir sahaja mampu mencapainya di negara ini. Jarang kita dengar anak-anak seorang Perdana Menteri memiliki 'keistimewaan' seperti anak-anak Mahathir. Bukan sahaja Mahathir cuba menafikan anak-anaknya sudah bergelar jutawan, malahan mahu mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang cuba ‘memfinah’ keluarganya. Bukti kekayaan dan kemewahan anak-anak Mahathir sudah banyak didedah