Keluarga Mahathir Pro-LGBT, Amal Kehidupan Barat
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia adalah seorang anti LGBT. Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa LGBT adalah budaya Barat dan tidak sepatutnya diamalkan di Malaysia. Teguh pendirian Mahathir tentang isu LGBT. Malangnya keturunan Mahathir tidak berpendirian seperti dia. Anaknya, Marina Mahathir merupakan aktivis yang lantang memperjuangkan hak dan diskriminasi golongan LGBT di Malaysia. Cucu-cucunya juga dilihat merupakan penyokong kuat perhimpunan pro-LGBT di negara ini. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lgbt-tidak-diterima-di-malaysia-tun-mahathir-186203 Marina pada 2018 pernah mencetuskan kontroversi apabila mengatakan Malaysia tidak akan maju sekiranya tidak bersikap liberal. Dia juga mendakwa Islamisasi hanya akan merosakkan negara. Marina mendakwa Malaysia di ambang kemerosotan jika negara ini terus mengamalkan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat tetapi menyuburkan keganasan. J