Posts

Showing posts from October, 2022

Parti MUDA Mahu Hapuskan DEB? Jangan Beri Mereka Undi Anda!

Image
Sebelum sesiapa berfikir untuk mengundi untuk mana-mana calon MUDA, pastikan anda baca artikel ini terutamanya orang Melayu. Cuba faham apa yang mereka akan lakukan jika mereka menang dan berkuasa satu hari nanti. Ketika kempen PRN Johor pada Mac lalu, calon MUDA iaitu Lim Wei Jiet, telah menyatakan bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) telah disalah guna dan perlu dijauhi. Kata Wei Jiet, DEB ini membolehkan projek dan kuota diberikan semata-mata atas warna kulit seseorang, terutamanya untuk golongan berada. Apakah Wei Jiet tidak meneliti sebarang fakta atau data tahunan dikeluarkan oleh jabatan kerajaan sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian? Malah, kenyataan Wei Jiet seolah-olah menunjukkan dia hanya mahu menyerang kaum lain tanpa berlandaskan fakta yang sahih. Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/05/jauhi-deb-yang-berasaskan-kaum-kata-calon-muda/ Sebelum isu ini didalami, perlu untuk kita fahami apa objektif polisi DEB. Setelah 10 tahun lamanya

Mahathir Dan Ceritera Tumbangnya PH

Image
Mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan parti Bersatu akan tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas bertindak menikam belakang Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. 'Langkah Sheraton' yang berlaku pada 2020 sehingga membawa kepada kejatuhan PH dan terbentuknya Perikatan Nasional (PN) bukanlah satu pengkhianatan seperti didakwa oleh Mahathir. Persoalan yang timbul tentang kenyataan Mahathir itu adalah, benarkah PH bersalah atau Mahathir sekadar mahu meletakkan kesalahan kepada orang lain? Dalam konteks ini, Mahathir seharusnya perlu memandang semula ke belakang atau melakukan refleksi diri tentang punca sebenar kepada perpecahan dalam PH. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/638104 Menurut mantan senator, Datuk Husam Musa, Mahathir sebenarnya sudah bersetuju untuk memegang jawatan Perdana Menteri ke-7 selama dua tahun sebelum menyerahkannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun apabila tempoh itu semakin tamat, Mahathir secara