Muar Dilanda Banjir, Syed Saddiq Sibuk Berdemonstrasi
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 24 September turun berdemonstrasi di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan tentang cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada musim tengkujuh. Syed Saddiq dengan bersemangat cuba membela nasib mangsa banjir. Namun, Syed Saddiq agaknya lupa bahawa kawasan Parlimennya iaitu Muar turut dilanda banjir ketika ini. Syed Saddiq juga sempat memuat naik gambarnya menyertai acara larian di media sosialnya, walhal laporan media menyebut dua kawasan di Muar terjejas akibat ribut. Sepatutnya Syed Saddiq pada ketika ini sudah turun padang, menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di Muar. Kerahkan sekali sukarelawan parti MUDA, barulah nampak fungsi parti itu. Itu yang sewajarnya dilakukan oleh Syed Saddiq sebagai wakil rakyat. Adakah berdemonstrasi dan menyertai acara larian lebih penting daripada kebajikan rakyat di kawasan Parlimen sendiri? Kalau mahu membela nasib mangsa banjir, mulakan dahulu di Muar. Sumber: https://www.thes