Mahathir Antagonis Utama Rakyat Malaysia
Tun Dr Mahathir Mohamad dikenang sebagai Perdana Menteri yang memiliki ciri-ciri kepimpinan diktator semasa dua rejim pemerintahannya. Rakyat tidak dapat menikmati banyak manfaat ketika era pemerintahannya malahan kian susah. Mahathir bernasib baik kerana ketika era rejim pertamanya daripada 1981 hingga 2003, media sosial tiada lagi, maka segala 'pekung' di dada berjaya disimpan oleh beliau. Namun, pada era rejim keduanya daripada 2018 hingga awal 2020, segala tindak tanduk Mahathir diperhatikan oleh rakyat. Rakyat tidak lagi boleh ditipu, malahan segala keangkuhan Mahathir turut terbongkar. Wataknya sebagai 'penyelamat' negara tidak lagi menjadi sebutan orang ramai, malahan dianggap sebagai 'antagonis' utama seluruh rakyat Malaysia. Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/dr-m-tak-mahu-ikut-jejak-kit-siang-bersara-daripada-politik/ Mahathir sering 'menghukum' mana-mana individu yang tidak beliau sukai seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri