Posts

Showing posts from August, 2022

Kemewahan Anak-anak Mahathir

Image
Bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menafikan anak-anaknya sudah bergelar jutawan, malahan mahu mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang cuba ‘memfinah’ keluarganya. Bukti kekayaan dan kemewahan anak-anak Mahathir sudah banyak didedahkan kepada umum. Mahathir perlu faham, zaman teknologi yang serba pesat ini, semua maklumat di hujung jari. Dengan hanya satu klik, segala maklumat boleh dikongsi dan dilihat oleh jutaan rakyat Malaysia. Mari kita senaraikan bentuk kekayaan anak-anak Mahathir. Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/08/03/prove-my-children-became-millionaires-while-i-was-pm-dr-m-tells-apandi/ Mukhriz didakwa memindahkan wang berjumlah RM13 juta ke akaun bank di Kanada ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah sebelum ini. Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar Kedah ketika ini, Muhammad Sanusi dan bukti tentang pemindahan wang itu masih disimpan. Meskipun Mukhriz menafikan perkara itu, namun pepatah menyebut, 'kalau tiada an